Open Day PI Yan Kechil 2018
13 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniTarikh : 12 MEI 2018 (SABTU)
Tempat : Perkarangan Masjid Kampung Kuala Dulang Kechil
Pusat Internet 1 Malaysia Yan Kechil telah menjalankan Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Yan Kechil bersama Penduduk Kampung Kuala Dulang Kechil 2018. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan erat antara masyarakat Kampung Dulang Kechil khususnya dan penduduk Yan amnya. Tujuan program ini diadakan pada setiap tahun adalah untuk menggalakkan penyertaan penduduk terhadap program yang dianjurkan oleh Komuniti dan PI Yan Kechil disamping memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini dan dalam masa yang sama dapat mendedahkan tentang peranan yang dibawa oleh PI Yan Kechil kepada penduduk setempat. Program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran staff PI Kedah yang lain antaranya Pengurus dan Pen.Pengurus P1IM Bukit Besar dan Pengurus PI Kuala Sala.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat KDB, Game KDB Kanak-kanak, Dunia Perniagaan Digital (Mencari Ikon Warisan Adat dan Tradisi), Memancing, Sepak Raga Ratus, Pertandingan Ramen terpantas, Pertandingan Biskut Terpantas, Boling Kelapa, Semakin Jauh Semakin Sayang (belon), Pertandingan Aneka Kerabu, Tarik Tali, Bacaan Tahlil, serta jamuan makan. Program ini berakhir dengan acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Melalui perjalanan program ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan kesedaran kepada masyarakat setempat akan peranan Pusat Internet 1 Malaysia Yan Kechil ,serta mempromosikan program dan latihan yang dianjurkan Pusat Internet 1 Malaysia Yan Kechil kepada masyarakat setempat Yan Kechil. Sambutan di kalangan penduduk adalah amat memberangsangkan sehingga mencatat kehadiran lebih 200 orang penduduk Kampung Dulang Kechil dan Yan Kechil. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Kanan Maxis Puan Noorly Iza Amir Roslan dan Pengerusi KRT Kampung Dulang Kechil Tuan Haji Ismail Md Zain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: